Putera Puteri

Pages

Friday 11 January 2013

Opening 2013.

Hai everybody! Amboiiii aku rasa dah lama dah aku tak update blog aku nie. Bertahun dah kot? Ada blog taknak update pulak. Entah rasa macam tak berkenan kat blog. Hehehe. Lebih aktif kat Facebook dan Twitter jer. Mungkin kerana aku nie jenis yang ketandusan idea. Idea tu kurang untuk aku nak update blog setiap hari. Lagi pun malas nak menaip juga salah satu alasan. Tapi entah kenapa tadi tiba-tiba terdetik di hati nak cuba log in blog, kebetulan aku ternampak seorang senior aku ni post blog di wall Fb dia. So, aku baru teringat yang aku pun ada blog. Yayyy jom log in dan start merapu.


Seperti yang sedia maklum, di Facebook aku sering mencarut tentang stress minggu ni. Perghhh gua baru jer selesai examination week brader! Stress dia bukan kepalang. Naik kurus  dah badan nie sebab makan tak kenyang, tidur tak lena. Nak rehat tu tak payah cakap laa, memang takde masa punye. ( padan dengan muka study last minute. Ini yang aku punya motto, " study hard not smart ". Hehehe. ) Mengalahkan orang yang sedang hangat bercinta penangan exam ni. Sekarang ni pun sangat free update blog sebab dah terlepas daripada bebanan exam. Tangan lancar menaip. Cuba kalau buat nota atau pun assignments, lu tnya gua ada tak tangan gua selancar ni untuk menaip? IMPOSSIBLE! Hahaha.



Dan sekarang ni musim cuti semester pun bermula, aku juga tengah giat berfikir bila lah aku nak balik. Kenapa berat sangat nak balik malahan orang semua beria-ia nak balik jumpa family. Aku? Sedih jer kat sini. Pathetic sungguh rasanya life ini. Actually sekarang nie mood kurang baik. Mungkin kerana faktor letih tu masih ada lagi kot? Ye laa kan baru jer habis exam, badan pun masih lemah, otak pun belum dapat berfungsi dengan baik sebab dah full load. Kena refresh dan upgrade balik otak aku nie. Nampak sangat muka aku keletihan tak bermaya. Dan aku inginkan seseorang untuk menemani aku bercakap sekarang. Di blog nie jer lah aku dapat meluah nampak gayanya. Orang yang sepatutnya tempat aku meluah, bercakap, berjenaka sering sibuk. Takpe lah. Faham jer. Tak sakit mana pun kalau orang tak layan kan? Cheers for the life. Ok. Sampai sini jer kot? Malas nak update banyak. Oh ye lupa, ni update pertama untuk tahun 2013 ok? Mungkin entri seterusnya akan diupdate semula pada Januari 2014. Hahaha. Bye. Got to go. Muahhhh. Good night. :)



Tuesday 3 July 2012

Travelling Destinations Revealed.

Hey I'm back! Seperti yang sedia maklum, berkurun lamanya aku tak meng'update' belog aku. Seperti biasa aku memang suka blog aku dipenuhi dengan web-web spider. -_- Well, sekarang ni mood tak berapa nak baik. Semalam menerima sesuatu kejutan yang sangat mengejutkan dan tak payah nak aku mention ape benda tu. Yang kenal aku Fb tau ler kisahnye. Tapi itu takkan menganggu konsentrasi aku untuk update blog. Peribadi tolak ke tepi, work comes first. bahaha. Work utk update blog laaa. ( kalau ada banyak typing error, maafkan ye? sebab semasa menaip aku tak pakai spec. ) ¯\_()_/¯



Title pon best. TRAVELLING! That's what I wish to! Oh my! Mengada juga, muda-muda macam ni dah berangan nak travel, income pun belum ada lagi dan sekarang masih bergelar under-graduate student. Tapi tak salah untuk memasang impian kan? Kot-kot suatu hari nanti impian tersebut tercapai. Yes memang aku suka nak travel actually. Tapi ye laa ka,n masih under-graduate student, mungkin itu penyebab dan penghalang untuk aku nak travel. Kalau setakat nak pakai duit parents, aku tak prefer ke arah itu sebab aku lebih selesa kalau boleh travel dengan menggunakan hasil usaha titik peluh aku sendiri. ( duit sendiri tak kesah nak habiskan untuk shopping till blows up! hahaha. ) Bukan parents tak mampu nak bawa pergi travel, dan bukan nak riak mengatakan diri ini orang berada tapi andainya travel menggunakan hasil daripada titik peluh sendiri, nescaya akan lebih berpuas hati kaw-kaw punyerrrr. Dan kalau boleh, bukan parents yang sponsor semua travelling stuffs TAPI aku nak aku sendiri yang sponsor semua untuk travelling daripada tiket penerbangan, penginapan, makanan, hiburan dan sebagainya. Kan ke seronok? Ibu bapa pun senang hati. Hehehe. ƪ​^^ʃ



Ok. Sekarang nak listkan antara destinasi pelancongan yang mendapat carta tertinggi di hatiku. Wahhh ayat grand gitewww. Sekali lagi nak ingatkan, ini angan-angan aku. TAPI aku taknak hangat-hangat tahi ayam. Dalam 4 senarai seperti di bawah, aku nak pastikan salah satu tempat travelling tu tercapai. Come on let's check it out! 






SCROLL IT DOWN






1. BALI, INDONESIA
2. PARIS!
3. HAWAII
4. CHINA



Ok, sounds kedengaran agak pelik kenapa aku letakkan Bali, Indonesia sebagai carta pertama di hatiku. Korang tentu sumpah-menyumpah aku supposely aku letak Paris tu di tangga pertama. HAHAHA! Lantak lah korang. Dah buat survey, sememangnya aku lebih tergilakan Bali. Kalau nak ikutkan survey yang aku buat di internet ( wahhh survey pasal travel bukan main lagi, kalau buat searching assignments takda pulak aku rajin macam ni. Kihkihkih. ), memang Bali the best. Bila aku tengok images yang ada di Bali, I was like WOOHHH! It's make me impresses you know. With all the islands there. It's just so in heaven. Compare kalau seperti yang di Paris, Eiffel Tower memang akan menjadi tarikan dan salah satu a must untuk snap snap depan Eiffel Tower, kalau pergi Paris ni serasa macam tempat tu penuh dengan kemewahan. You know luxury. What I dream for is not that luxury, BUT that peaceful environment. Got what I say right? 



Jap. Jap. Aku ada beberapa keping images di Bali. Ohhh bukan aku di Bali laaa. Hehehe. ( one day it will be. Amen. ) 




This is what I mean for. Peaceful. 




And again this, ni kalau dating, romantik habis! Hahaha. Set! One of my honeymoon destination. 



Amankila Resort in Bali, Indonesia. It's amazing. Love it.



Selesai menjamu korang dengan Bali Indonesia? How is it? Ini sikit jer, aku malas nak upload banyak. Search sendiri! hahaha. Tapi ini antara yang buat aku terpegun dan hati membuak-buak nak pergi travel. Oh yes! And next, second travel destinations is PARIS! Well, seperti Bali, Paris ni boleh tahan juga menduduki carta hati ku. Masih kuat dalam carta. Hahaha. Ini kalau aku mata duitan sangat, memang nak pergi sana. Oversea dohhhh. Tempat orang putih bak kata korang. Hahaha. Aku dah mentioned tadi, tempat ni macam penuh dengan kemewahan. Kiri kanan macam boleh korang ambil dan jual dan dapat duit jer di persekitaran. Memang full of luxury. Dan tarikan Paris korang dan tahu kan? Of course the beauty of Eiffel Tower. Kalau pergi ke Paris, tak ambik gambar depan atau belakang Eiffel Tower memang tak akan SAH! And guess what? Kalau honeymoon, kissing depan Eiffel Tower opssss ok ok aku tau aku dah jauh sangat bermimpi. BAHAHAHA! ƪ​^^ʃ 



TAPI TAPI TAPI, environment dia memanggggggg cantik dan satu aku suka dengan Paris sesuai dengan aku seorang yang shophaholic, here is World of Fashion and World for all Shophaholics out there! Whoot. Whoot. Jom kaki shopping semua, ramai-ramai serbu Paris dan dapatkan Gucci, Prada, Louis Vuitton, Chanel, Dolce and Gabbana. Yang ORIGINAL, takda palsu-palsu maaaa. Ohhh gosh. Sebab tu aku cakap aku nak travel pakai duit sendiri, benda-benda macam ni laa buat aku tergugat imam. -__-




TERPEGUN! Eiffel Tower. I wish to touch it and kiss it. As usual, will upload it to Facebook. Upload dah mnjadi trend. hahaha.






See! aku dah cakap tempat ni penuh dengan kemewahan. Macam emas boleh petik jer dan jual buat duit. Money money all we need. Huhuhu.




A must! Disneyland In Paris! Tak kesah dah tua, tapi nak juga berjiwa kanak-kanak ke tempat ni. How cute. 




And will get a snap with this Minnie and Mickey Mouse. Awwww. 




Oh my GOD! Aku pon dah naik gila bila bercerita tentang Paris ni. Uwaaaaaa! 



Selesai untuk Paris, kita pergi lagi jauh ke HAWAII! Tempat aku nak travel semua mengada kan? Hahaha. Aku dah macam betul-betul nak pergi dah nie. Kawen anak raja dan pergi honeymoon! Akakaka. Hawaii ni kalau nak tau, pantai dan pulau dia yang menjadi tarikan pelancong. Pantai dia memang awesome. Air pantai  tu siap warna biru. ( sakai. hahaha. )



I want it! I want it! And this Hawaii. Say hello. :)




The view. Is the combination green and blue. Peacefull. :)



The most important when here, I want this coconut tree to dance. Hahaha. 



And dance like this Hawaiian dancer with that dress. lalala. Ole. Ole. 


This beach outfit will be suitable I guess. It's pretty. :)



Lastly, destinasi seterusnya adalah di China. Nak pegi China ni sebab nak tengok The Great Wall in China. Salah satu tempat bersejarah dan tersenarai dalam 7 keajaiban dunia. 




Ni kalau abis jelajah, pengsan kot? Sungguh ajaib kalau dilihat daripada sini. Kalau real, lagi lah ajaib dan terpegun. The Great Wall of China.



DAN aku search punya search tadi, in China got PANDA! Damn cute. Serious. And look at this! Aku tengok pon naik geram. Haishhhh.




Menatang ni buat aku geram tengok. Kalau boleh nak tumbuk perut dorang yang buncit tu. Patut laa menatang ni pemalas. Hahaha. 



Mana korang tak geram kalau dia buat aksi macam ni? Berlagak comel. Tapi memang serius COMEL! Dan ini sesuai berkawan dengan kita orang yang students sebab mata kita orang mempunyai lingkaran bawah mata hitam. -___-




Musykil. Kalau kita kacau dan tumbuk dorang sebab geram, menatang ni lawan dan bertindak ganas tak? Ke binatang ni jenis yang jinak?






Ok. Akhirnya aku nak berhenti menaip. Entri kali ni memang penuh dengan hangat-hangat. Tapi taknak tahi ayam. Tak tercapai keempat-empat destinasi di atas, salah satu pon jadi lah. Kalau boleh nak semua jugak! Yayyyy! Got to go Bye! * belum mandi.* ¯\(°_o)/¯


Saturday 21 April 2012

Exam weeks end.

Hai I'm back! Wahhh. Bukan main lagi kan? Kalau ada mood nak update, semalam dah update, hari nie pun nak update lagi. Korang nak tau tak? Aku HAPPY SANGAT! Hahaha. Kenapa? Nak tau? Sebab, I'M DONE WITH MY EXAMS AND I'M FREE! Lalala. ( Ok tau lah hanya free selepas mid-term exam selesai tapi belum selesai lagi untuk final exam. Alaaaa aku nak happy buat sementara waktu nie takkan tak boleh kot?  ) Well, gembira bukan main lagi sebab at least tension tu release juga sikit demi sikit. Tak banyak, sikit pun jadi. Kalau habis jer apa-apa exams, mesti tekanan tu bekurangan. ( Di Uni, memang exams jer ke buat mahasiswa stress? ) 



Okie. Lepas exam abis jer, berdering sana sini juga phone sebab kawan-kawan ajak keluar. Wahhh korang nie habis jer exam plan keluar ye? Banyak nye duit. Hahaha. ( macam laa aku tak suka keluar, sedangkan aku yang first akan meyukarelakan diri untuk join dorang. HAHAHA! ) Tetapi, memandangkan waktu sekarang di Kuching hujan lebat beserta dengan guruh dan kilat maka aktiviti kami untuk outing terpaksa ditunda. Ditunda entah bila. Sedihhhh. -_- ( Terperuk lah dalam bilik sorang-sorang naik meroyan dah mengadap laptop. ) 



BUT, itu tidak menjadi penghalang untuk kami nak keluar. Hahaha. Jahat tak? Jahat tak? Nampak sangat muka-muka kite orang nie suka keluar bila ada masa terluang. Fine rather than you just stay alone in your room right? Nanti tak pasal-pasal naik giler pulak. Assignments pun dah settle so takkan nak stay dalam bilik juga tanpa ada hiburan? Hiburan di sini aku tak maksudkan kami orang keluar tengah-tengah malam clubbing ok? Don't get me wrong. :)



Lagi-lagi gembira pabila masa menjawab soalan peperiksaan tadi, dapat lah menjawab dengan tenang tanpa rasa takut dan gelisah. Amennn. Dan tersenyum panjang bila keluar jer daripada banquet hall. Ngeeee. Begini kot rasanya menjawab soalan kalau kita aa buat ulang kaji, memang membuak-buak idea yang telah dipelajari. Sebab aku taknak kesilapan aku pada last semester berulang lagi. Mungkin masa nie untuk aku mengubahnya. Again, Amen. God will. :) Andai berusaha, tiada yang mustahil. Believe me. Aku tak cakap aku pelajar yang genius daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Aku tergolong dalam pelajar yang otaknya di tahap sederhana. Tapi aku bersyukur kerana berkesempatan untuk menyambung pengajian ku ke menara gading. A big AMEN FOR JESUS CHRIST. :) Oppsss. Kenapa aku menjadi emo part nie? Hahaha. Well, aku sentiasa merasa rendah diri dengan keyakinan ku semasa aku menginjak ke alam pengajian tinggi. Waktu sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, aku sentiasa sematkan dalam diri dan memberitahu kedua-dua orang tua bahawa aku ingin belajar sehingga ke menara gading. And now I'm here! So, bersyukur sangat-sangat sebab tak sangkut walaupun aku hanya menuntut di UNIMAS. But I'm proud to be myself sebab tak usah nak riak dengan IPTA ranking ke berapa yang menjadi tempat anda menuntut ilmu. We're at the same level which is taking Bachelor Degree. :) Harus ada rasa bangga dalam diri ok?



Ok ok aku rasa cukup untuk aku bercerita tentang itu sebab kalau ikutkan lagi banyak aku nak luahkan. Hahaha. Tapi risau korang yang baca bosan dan naik muntah lah pulak. So aku stopkan cerita tu disini. 



HELLO! I'M NOT FINISH YET. HAHAHA!



Hari nie sangat gumbira maaa so idea nak update belog hari nie akan panjang lebar. Tak kesah you all bosan ke tidak. Aku nak jugak. Lalala. Yang lebih menggembirakan, aku dan kawan sorang nie ada plan. Dan plan itu biarlah menjadi rahsia aku dan kawan ku itu. Nak kongsi kat sini agak public. Untuk itu, maaf ye sebab dah buat korang semua excited nak dengar plan aku tu. Hahaha. Takpe. Takpe. Nanti kalau dah menjadi plan tu, aku akan update kat sini. Yayyyy! Just wait and watch. :) Aku sendiri pun tak sabar sebenarnya plan tu menjadi atau tidak. Aku bagi korang hint jer lah eyyy? Eyhh bukan hint. Macam nie, kalau plan aku tu menjadi, aku akan publish kat sini. Tapi andainya aku takde publish apa-apa kat sini within this 2 3 days, faham-faham lah ye mungkin plan tak menjadi. Dan aku akan menjadi kecewa. Mungkin akan post tentang kekecewaan kot? Hahaha. 



Orite I think it's enough for today ladies and gentlemen. ( Macam lah orang ada berpusu-pusu baca belog aku. HAHAHA! ) I have to end it here seems nak keluar. Hehehe. Ingat tak tadi outing cancel sebab cuaca hujan. TAPI sekarang hujan dah berhenti. Ohhh yesss! Bye. Got to go and bath. Tata. :) 



The course of true love never did run smooth. -William Shakespeare-




Friday 20 April 2012

What a stressful week

Hai you handsome and pretty. It's been a long time I didn't update my blog. Well, memang aku jenis yang tak update sangat pon. Kalau rasa aku nak update, aku update. Kalau tak, memang akan 'bersarang'. Aku bukan blogger tegar wahai kawan sekalian. :)
Dan yang penting, sekarang aku fully-busy. Busy. Yesss with assignments yang melambak-lambak, latihan tutorial yang berkeping-keping kertas atas meja ( kadang-kadang mogok taknak buat sebab letih. ) -__-. Ternyata hidup di alam Uni tak seindah yang diperkatakan. Menerima dengan tabah diri ini memang akan dilanda tekanan sebagai mahasiswi. Ini fact! 







Hari nie nak ceciter sikit. Citer lah pasal STRESS! Pada masa sekarang dan waktu sekarang, I'm supposely to do my revision for my exams that will be held by tomorrow. TAPI TAPI TAPI kerana tekanan tu melanda, kepala pun berdenyut-denyut ( istilah sakit kepala nie memang takkan hilang punyer daripada kehidupan you if you all adalah seorang mahasiswa Uni. Percaya lah. ) Ok ok back to the purpose, sepatutnya buat ulang kaji kan? Try tnye kenapa aku boleh lagi nak update belog? I'M STRESS EVERYBODY! Word yang memang korang bosan nak dengar lebih-lebih lagi sebagai Uni student. Sana sini update status di Facebook dan Twitter tentang stress. ( aku hairan dan pelik. )






Secara ikhlas, kadang-kadang aku mengalami stress yang melampau juga. TAPI, harus tahu cara bagaimana nak mengatasi stress tersebut. It's doesn't mean you have to 'jump from the third floor of apartment' and 'jump down to the lake'. You know what I mean? Hehehe. Ini sentiasa berlaku pada Uni students sekarang. Kadang-kadang naik ngeri plak dengar citoooo. Dah dah taknak citer pasal macam tu. Menyentuh sensitiviti orang lain plak. As long as you all know how to overcome your stress by not doing that kind of stupid things. :)






Untuk aku, kalau aku mengalami stress. Aku lebih suka untuk tutup semua buku dan hentikan timing untuk ulang kaji or whatsoever. Aku diam dan mengurung diri dalam bilik. What I'm trying to say here is aku tak buat laa kerja gila-gila dengan mengurung diri dalam bilik. You catch what I mean here? Like some kind of emmm yeahhh you know what I mean right you're alone in your room. :) TAKKKK. Aku tak buat perkara bodoh macam tu. Aku akan cuba tenangkan diri. Yang penting, aku berdoa dalam agama aku sendiri iaitu berdoa kepada Jesus Christ. Itu yang penting. Itu adalah sebagai kunci utama untuk menangani stress. ( untuk yang agama lain, anda juga boleh berdoa mengikut agama masing-masing. ) And yes it's work! :)






Tapi perangai terburuk sekali yang aku buat jikalau aku dalam tekanan, aku settlekan dengan TIDUR! HAHAHA! Ini lah part aku SANGAT SUKA! Tak terkata keenakannya kalau tengah dalam stress, aku tidur. Well, korang pun lebih kurang laa sama kan suka tidur? Hehehe. Mungkin bila aku tidur, aku akan beranggapan bahawa aku akan lupa sebentar semua stress aku. Means, aku boleh rehat-rehatkan minda yang tengah bercelaru sebab kalau tengah stress, korang takkan dapat menumpukan sepenuh perhatian pun even though tengah dalam kelas semasa lecture or tengah revision. Percaya derrr memang takkan punyer. Trust meee. :)






And in this few weeks, aku mengalami kesibukan yang tahap maksima. Full weeks Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad NON-STOP sana sini terkejar-kejar bagai anjing nak beranak untuk menyiapkan tugasan. ( buat tugasan awal pun masih juga terkejar-kejar, jangan cakap lah kalau buat last minute. Memang mata kau kung-fu panda kot? Hahaha. ) Dan dalam 1 minggu tu aku pecah rekod takde buat outing dengan kawan-kawan pun. HAHAHA! Selalunya, dalam seminggu, ada lah 2 3 kali kami akan keluar jalan tengok wayang, makan itu wajib, Hehehe. Tapi untuk minggu nie, TAKDE LANGSUNG! Cepat puji si muda Nancy nie. HAHAHA! Well, aku rasa kadang-kadang best jugak kalau lecturers nie dorang beri banyak-banyak tugasan, so that kite orang tak akan ada masa walau seminit pun untuk melepak tak tentu pasal di luar sana sekaligus save budget! Lalala. ( Bajet sikit kat Uni nie kalau boros, kau ikat perut tak makan. Hahaha. )






OK! Hampir ke hujung rancangan. Ecece. Hahaha. ( Sebab aku sepatutnya buat ulangkaji! Wahhh boleh pulak luangkan masa half an hour untuk update blog. Kalau baca subjek Anthroplogy tadi, entah berapa dah konsep aky boleh hafal. Lalala. ) Aku dah cakap tadi kalau aku stress, aku takkan paksa pon otak aku nie belajar. Aku kena fresh the minda dahulu dan lepas tu baru mulakan lagi. Hehehe. Ok now I need to go. And continue with my revision. Bye everyone. Sampai berjumpa lagi. Have a blast. :)






Lots of Love,
Nancy Robert Louis.









YES! It's true. As a Uni student, I will feel the stress come to me when day and night. :)






But, I'm still with smile on the face to cover up my stress. :) Because? 






Whenever I'm stress, I will say 'Don't worry be happy. Everthing will be ok.' 


Thursday 8 March 2012

Blog cleaning.

Hello semua. Skrg waktu menunjukkan jam tepat pukul 2 ptg semasa aku tgh menaip blog ini. Dan skli lagi hai. Hahaha. Ok jgn banyak tanye kenapa hari ini aku tetiba nak update blog. Ye aku sedar aku bukan penulis blog tegar, aku bukan seorg yg rjin update blog utk stiap masa, stiap jam, stiap minit, stiap saat. Aku hnya update bila mood aku nak luah sesuatu jer. Nak ada account blog ni bukan utk aku buat bisnes ke, jana pndapatan ke, nak duit ke ntah apa2 lahh. Yg pnting, blog account aku jadikan sperti satu diari hidup ku. Dan aku bebas untuk berceloteh apa pun tnpa mngira suara-suara sumbang yg mngata. Knapa? Hang yg bce terasa? Nmpak sgt selalu mngata aku. HAHAHA!








Dah. Dah. Skrg tgh update blog dalam suasana yang sangat besttt. Dalam bilik yang separa gelap, sejuk sebab baru lepas hujan di kampus, kipas berkelajuan no.5 meningkatkan lagi rasa kedinginan, meniarap tik tok tik tok taip blog. Ohhh indahnya bilik ku yg double-room. Hahaha. Well, hari inie Jumaat. Hari yang paling aku suka. Kenapa? Sebab hari ini jadual tak pack sangat dan hanya ada satu kelas jer. Wohooo. Best tak? Best tak? Sila jelesss dan buat aksi tangan di dada, mata ke atas. Hahaha. Lebih-lebih lagi kelas hari nie pukul 8-10 pagi jer. Memang liat untuk aku bangun awal TAPI TAPI TAPI lepas habis kelas boleh relax sakan dalam bilik peluk bantal minum coffee panas. Wargghhh. Hahaha. Hidup aku penuh dengan relax jer kalau tamat kelas. Tapi tetap pastikan assignments dan latihan tutorial tidak terbengkalai. (kadang-kadang ada masanye trbengkalai jugak. Hehehe.) 










Entah hari ini kenapa excited dan tiba-tiba timbul rasa ingin hati nak update blog. Weiii boleh imagine tak? Last aku sign in blog emmm dalam last year kot? Kasi gempak sikit laa ayat sebut last year padahal pada bulan Disember 2011 aku last sign in. (aku rasa kot?) Biar korang rasa terperanjat sikit bila dengar aku mentioned last year tadi. Bunyi macam lama sangat. Hahaha. Well, sekarang masa-masa aku sangat terhad. Although aku kate tadi hidup aku penuh relax sakan lepas tamat kelas, bukan bermakna aku goyang kaki, tidur 24/7, berfoya sana sini dan dating sana sini. Hahaha. Tidak ok? Aku masih ingat akan tanggungjawab aku untuk berhempas pulas menyiapkan tugasan berkumpulan. What I mean by "relax sakan" tadi, aku suka kalau tamat kelas sebab aku boelh free the mind untuk mencari informasi-informasi berkenaan dengan tugasan aku dan menyiapkan juga latihan-latihan tutorial yang bersepah dalam fail aku. Seriously kehidupan sebagai mahasiswi or mahasiswa tidak senang lenang seperti yang diuar-uarkan. Itu cerita bohong, jangan terpedaya. Hahaha.












Sekarang ini, saat-saat getir untuk menghabiskan waktu tahun pertama semester kedua aku. Bermakna pengalaman aku sebagai pelajar Tahun Pertama di universiti akan berakhir tidak lama lagi dan aku masuk ke alam Tahun ke-2. Masa berlalu begitu cepat. Kalau tiada aral melintang, di Tahun ke-3 adalah tahun akhir aku dan bersedia untuk aku bergelar Mahasiswi Bergraduat. Mudah-mudahan boleh grad tepat pada waktunya. Doa-doa kan ye? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Percaya pada diri. Kegagalan pertama tidak bererti akan terulang lagi kegagalan itu andainya disokong dengan USAHA. :) Yes mungkin terlalu awal untuk aku ceritakan tentang istilah "Graduate" tetapi tak salah untuk memotivasikan diri agar bergerak untuk menuju kejayaan. Am I right? 










Ohhh nampaknya aku emosional. Hahaha. Itu untuk memotivasikan diri juga kepada-kepada yang bergelar pelajar universiti seperti aku. Bukan itu saja, sesiapa yang bergelar pelajar tidak kira menengah ataupun rendah, perlu untuk memotivasikan diri agar berjaya sebagai pelajar yang berilmu tinggi. Ini juga untuk beberapa mungkin adik-adik yang lebih-lebih baru jer menerima keputusan SPM dan STPM baru-baru. Ingat! Perjalanan anda belum berakhir malah ia baru bermula. Yang berjaya, aku ucapkan tahniah dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa kerana itu bukan penamat segalanya. Rezeki ada dimana-mana. Jika itu memang kesungguhan dan niat kita, kita pasti akan mencapainya. 












Aku rasa macam penceramah pulak. Hahaha. Dari mana datangnya idea nak berceramah sebegitu tadi? Adakah aku menyimpang ke lain? Hahaha. Ok baiklah. I have to go. And i need to finish up my work. Kerana blog, agak terbengkalai sekejap sebab otak aku perlu rehat kejap tadi. Kalau sumbat banyak-banyak nota nanti heng pulak. Hahaha. Ok bye. See you on the next chapter. Hehehe. Tata.








Lots of love,
Nancy Robert.L. 

Friday 13 January 2012

Happy Holidays for Uni students!

Hai everyone! Ohhh myyy. I rindu sgt kat Mr.Blog aku. lebih daripada aku rindu my boyfriend. ( xda boyfriend pon. hahaha. ) Berbulan lamanya aku tak update blog aku dan kesannya aku rasa blog aku macam dah berkilo dah habuk dan spider web. hahaha. Seriously, kalau dikira-kira ada lah three to four months lmanya aku tak update belog. jgn kan nak update, jenguk pun aku dah lupa. really sorry for that my Mr.Blog. :) 








Ok dah. Main point nak update blog. Title di atas pon dah menyatakan isi tersirat. tak payah aku nak explain panjgang lebar. Nanti terlebih kuah daripada isi. hahaha. sebab aku suka merapu. :D Holiday! Holiday! Holiday! Yessss it's our holiday. Hanya terhad untuk Uni students ok? Yang secondary ke, primary ke tidak berkaitan. HAHAHA! anda semua adik-adik sedang bersekolah skrg. Tiba masa si kakak-kakak cantik dan abang-abang hensem anda semua untuk bercuti. wink! 








Selepas 1 minggu lebih menghadap minggu peperiksaan yang amat 'menikam' jiwa kini kami CUTI! Minggu peperiksaan pun dilupakan begitu sahaja, masing-masing excited nak balik kpg. hahaha. ( sampaikan aku takda mood nak study sebab menghitung hari nak balik. hahaha. JANGAN TIRU AKSI INI! ) 








Sekarang ni memang jiwa tengah meronta nak balik. Packing barang pun seminggu sebelum tarikh nak balik. hahaha. tp malangnya aku lambat lagi nak balik. bongok. serius sedih sangat. flight ticket dah booked. so aku kena tunggu tarikh yang telah ditempah.  -_- Members semua dah balik. Aku nak keluar jalan-jalan pun takde teman lagi dah. Anyone accompany me please? Jadi boyfriend sementara waktu pun takpe. Asalkan ada niat nak tolong temankan aku. hahaha. ( ayat gedik. :P )










BINTULU! CAN'T WAIT TO SEE YOU SOON! Really, it's no place like your own home town. Seindah mana, secantik mana, sebesar mana, seglamour mana pun tempat orang, tempat sendiri juga yang akan selalu dikenang. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sebesar mana pun Kuching, Bintulu tetap menjadi pilihan hatiku. hahahaha. Tapi Kuching tempat ku untuk menimba ilmu. :)








Ok boys and girls. Got to go! Malas sangat nak merepek panjang lebar memandangkan sekarang ni aku tarak punya mood yang bagus. -___-  Bye. Muaaahhh. 








Sincerely,
Nancy Robert Louis. :)


















Lastly, Happy Holidays Uni students! :)

















Friday 2 December 2011

Saya tak tahu letak title apa. hahaha.

Hai people! Ok, aku tau aku dah lama tak update the blog. come on laaa. takkan ada masa pon nk update blog kalau dah busy sebusynya ngn assignments. ( tapi aku tetap akan ada masa untuk fb dan twitter. hehehe. ) kesian ok? this few months has been a busy months to me. siang malam berjaga-jaga untuk siapkan assignments. plus nak buat tutorial lagi. ( tak buat takut kena halau plak. -_- ). malu laa sikit nak main halau-halau dah besar panjang ni. lebih-lebih lagi dalam masuk ke alam Uni. :) BUT, so far my life here kinda good. stress? tension? under pressure? ohh itu lumrah sebagai seorang pelajar uni. kau tak stress, kau bukan student Uni. harap maklum. :) 




sekarang ni, masa update blog, aku busy ngan group discussion? busy? hahaha. ( tak sebusy mna pon kalau masih sempat nak update Mr.Blog. wink! ) org dok sibuk-sibuk discuss tajuk apa nak buat, aku berlakon lah seolah-olah aku tengah khusyuk menaip assignments lain. hahaha. ( ok dorang faham so dorang cari dulu, aku diberi pelepasan. bahaha. ). xde lah. aku baik. taknak jadi free rider. tp aku punya satu perangai kejam. sebelah tab on fb, twitter, dan sign in blog. wakaka. last tab baru lah nak cari bahan untuk assignments. -_-




seriously, kalau part nak discuss-discuss ni aku memang mengantuk habis. hello, kalau senyap jer masa nak discuss, sapa yang tak mengantuk? keluarkan lah suara oiii. aku tak tahan kalau suasana tak bising. hahaha. dorang macam bisu. tapi kalau bergosip, perghhh. bising satu library. :P




ok ladies and gentlemen. aku nak stop di sini. need to proceed for my discussion. ni tadi just nak general cleaning blog jer. kesian blog ku. :) Bye! i love you. i miss you. 




Sincerely, Nancy. :)







Nahhhh! saya ada smiley besar giant. hahahahaha. *smile on saturday*. :)