Putera Puteri

Pages

Thursday 8 March 2012

Blog cleaning.

Hello semua. Skrg waktu menunjukkan jam tepat pukul 2 ptg semasa aku tgh menaip blog ini. Dan skli lagi hai. Hahaha. Ok jgn banyak tanye kenapa hari ini aku tetiba nak update blog. Ye aku sedar aku bukan penulis blog tegar, aku bukan seorg yg rjin update blog utk stiap masa, stiap jam, stiap minit, stiap saat. Aku hnya update bila mood aku nak luah sesuatu jer. Nak ada account blog ni bukan utk aku buat bisnes ke, jana pndapatan ke, nak duit ke ntah apa2 lahh. Yg pnting, blog account aku jadikan sperti satu diari hidup ku. Dan aku bebas untuk berceloteh apa pun tnpa mngira suara-suara sumbang yg mngata. Knapa? Hang yg bce terasa? Nmpak sgt selalu mngata aku. HAHAHA!








Dah. Dah. Skrg tgh update blog dalam suasana yang sangat besttt. Dalam bilik yang separa gelap, sejuk sebab baru lepas hujan di kampus, kipas berkelajuan no.5 meningkatkan lagi rasa kedinginan, meniarap tik tok tik tok taip blog. Ohhh indahnya bilik ku yg double-room. Hahaha. Well, hari inie Jumaat. Hari yang paling aku suka. Kenapa? Sebab hari ini jadual tak pack sangat dan hanya ada satu kelas jer. Wohooo. Best tak? Best tak? Sila jelesss dan buat aksi tangan di dada, mata ke atas. Hahaha. Lebih-lebih lagi kelas hari nie pukul 8-10 pagi jer. Memang liat untuk aku bangun awal TAPI TAPI TAPI lepas habis kelas boleh relax sakan dalam bilik peluk bantal minum coffee panas. Wargghhh. Hahaha. Hidup aku penuh dengan relax jer kalau tamat kelas. Tapi tetap pastikan assignments dan latihan tutorial tidak terbengkalai. (kadang-kadang ada masanye trbengkalai jugak. Hehehe.) 










Entah hari ini kenapa excited dan tiba-tiba timbul rasa ingin hati nak update blog. Weiii boleh imagine tak? Last aku sign in blog emmm dalam last year kot? Kasi gempak sikit laa ayat sebut last year padahal pada bulan Disember 2011 aku last sign in. (aku rasa kot?) Biar korang rasa terperanjat sikit bila dengar aku mentioned last year tadi. Bunyi macam lama sangat. Hahaha. Well, sekarang masa-masa aku sangat terhad. Although aku kate tadi hidup aku penuh relax sakan lepas tamat kelas, bukan bermakna aku goyang kaki, tidur 24/7, berfoya sana sini dan dating sana sini. Hahaha. Tidak ok? Aku masih ingat akan tanggungjawab aku untuk berhempas pulas menyiapkan tugasan berkumpulan. What I mean by "relax sakan" tadi, aku suka kalau tamat kelas sebab aku boelh free the mind untuk mencari informasi-informasi berkenaan dengan tugasan aku dan menyiapkan juga latihan-latihan tutorial yang bersepah dalam fail aku. Seriously kehidupan sebagai mahasiswi or mahasiswa tidak senang lenang seperti yang diuar-uarkan. Itu cerita bohong, jangan terpedaya. Hahaha.












Sekarang ini, saat-saat getir untuk menghabiskan waktu tahun pertama semester kedua aku. Bermakna pengalaman aku sebagai pelajar Tahun Pertama di universiti akan berakhir tidak lama lagi dan aku masuk ke alam Tahun ke-2. Masa berlalu begitu cepat. Kalau tiada aral melintang, di Tahun ke-3 adalah tahun akhir aku dan bersedia untuk aku bergelar Mahasiswi Bergraduat. Mudah-mudahan boleh grad tepat pada waktunya. Doa-doa kan ye? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Percaya pada diri. Kegagalan pertama tidak bererti akan terulang lagi kegagalan itu andainya disokong dengan USAHA. :) Yes mungkin terlalu awal untuk aku ceritakan tentang istilah "Graduate" tetapi tak salah untuk memotivasikan diri agar bergerak untuk menuju kejayaan. Am I right? 










Ohhh nampaknya aku emosional. Hahaha. Itu untuk memotivasikan diri juga kepada-kepada yang bergelar pelajar universiti seperti aku. Bukan itu saja, sesiapa yang bergelar pelajar tidak kira menengah ataupun rendah, perlu untuk memotivasikan diri agar berjaya sebagai pelajar yang berilmu tinggi. Ini juga untuk beberapa mungkin adik-adik yang lebih-lebih baru jer menerima keputusan SPM dan STPM baru-baru. Ingat! Perjalanan anda belum berakhir malah ia baru bermula. Yang berjaya, aku ucapkan tahniah dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa kerana itu bukan penamat segalanya. Rezeki ada dimana-mana. Jika itu memang kesungguhan dan niat kita, kita pasti akan mencapainya. 












Aku rasa macam penceramah pulak. Hahaha. Dari mana datangnya idea nak berceramah sebegitu tadi? Adakah aku menyimpang ke lain? Hahaha. Ok baiklah. I have to go. And i need to finish up my work. Kerana blog, agak terbengkalai sekejap sebab otak aku perlu rehat kejap tadi. Kalau sumbat banyak-banyak nota nanti heng pulak. Hahaha. Ok bye. See you on the next chapter. Hehehe. Tata.








Lots of love,
Nancy Robert.L.