Putera Puteri

Pages

Saturday 21 April 2012

Exam weeks end.

Hai I'm back! Wahhh. Bukan main lagi kan? Kalau ada mood nak update, semalam dah update, hari nie pun nak update lagi. Korang nak tau tak? Aku HAPPY SANGAT! Hahaha. Kenapa? Nak tau? Sebab, I'M DONE WITH MY EXAMS AND I'M FREE! Lalala. ( Ok tau lah hanya free selepas mid-term exam selesai tapi belum selesai lagi untuk final exam. Alaaaa aku nak happy buat sementara waktu nie takkan tak boleh kot?  ) Well, gembira bukan main lagi sebab at least tension tu release juga sikit demi sikit. Tak banyak, sikit pun jadi. Kalau habis jer apa-apa exams, mesti tekanan tu bekurangan. ( Di Uni, memang exams jer ke buat mahasiswa stress? ) 



Okie. Lepas exam abis jer, berdering sana sini juga phone sebab kawan-kawan ajak keluar. Wahhh korang nie habis jer exam plan keluar ye? Banyak nye duit. Hahaha. ( macam laa aku tak suka keluar, sedangkan aku yang first akan meyukarelakan diri untuk join dorang. HAHAHA! ) Tetapi, memandangkan waktu sekarang di Kuching hujan lebat beserta dengan guruh dan kilat maka aktiviti kami untuk outing terpaksa ditunda. Ditunda entah bila. Sedihhhh. -_- ( Terperuk lah dalam bilik sorang-sorang naik meroyan dah mengadap laptop. ) 



BUT, itu tidak menjadi penghalang untuk kami nak keluar. Hahaha. Jahat tak? Jahat tak? Nampak sangat muka-muka kite orang nie suka keluar bila ada masa terluang. Fine rather than you just stay alone in your room right? Nanti tak pasal-pasal naik giler pulak. Assignments pun dah settle so takkan nak stay dalam bilik juga tanpa ada hiburan? Hiburan di sini aku tak maksudkan kami orang keluar tengah-tengah malam clubbing ok? Don't get me wrong. :)



Lagi-lagi gembira pabila masa menjawab soalan peperiksaan tadi, dapat lah menjawab dengan tenang tanpa rasa takut dan gelisah. Amennn. Dan tersenyum panjang bila keluar jer daripada banquet hall. Ngeeee. Begini kot rasanya menjawab soalan kalau kita aa buat ulang kaji, memang membuak-buak idea yang telah dipelajari. Sebab aku taknak kesilapan aku pada last semester berulang lagi. Mungkin masa nie untuk aku mengubahnya. Again, Amen. God will. :) Andai berusaha, tiada yang mustahil. Believe me. Aku tak cakap aku pelajar yang genius daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Aku tergolong dalam pelajar yang otaknya di tahap sederhana. Tapi aku bersyukur kerana berkesempatan untuk menyambung pengajian ku ke menara gading. A big AMEN FOR JESUS CHRIST. :) Oppsss. Kenapa aku menjadi emo part nie? Hahaha. Well, aku sentiasa merasa rendah diri dengan keyakinan ku semasa aku menginjak ke alam pengajian tinggi. Waktu sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, aku sentiasa sematkan dalam diri dan memberitahu kedua-dua orang tua bahawa aku ingin belajar sehingga ke menara gading. And now I'm here! So, bersyukur sangat-sangat sebab tak sangkut walaupun aku hanya menuntut di UNIMAS. But I'm proud to be myself sebab tak usah nak riak dengan IPTA ranking ke berapa yang menjadi tempat anda menuntut ilmu. We're at the same level which is taking Bachelor Degree. :) Harus ada rasa bangga dalam diri ok?



Ok ok aku rasa cukup untuk aku bercerita tentang itu sebab kalau ikutkan lagi banyak aku nak luahkan. Hahaha. Tapi risau korang yang baca bosan dan naik muntah lah pulak. So aku stopkan cerita tu disini. 



HELLO! I'M NOT FINISH YET. HAHAHA!



Hari nie sangat gumbira maaa so idea nak update belog hari nie akan panjang lebar. Tak kesah you all bosan ke tidak. Aku nak jugak. Lalala. Yang lebih menggembirakan, aku dan kawan sorang nie ada plan. Dan plan itu biarlah menjadi rahsia aku dan kawan ku itu. Nak kongsi kat sini agak public. Untuk itu, maaf ye sebab dah buat korang semua excited nak dengar plan aku tu. Hahaha. Takpe. Takpe. Nanti kalau dah menjadi plan tu, aku akan update kat sini. Yayyyy! Just wait and watch. :) Aku sendiri pun tak sabar sebenarnya plan tu menjadi atau tidak. Aku bagi korang hint jer lah eyyy? Eyhh bukan hint. Macam nie, kalau plan aku tu menjadi, aku akan publish kat sini. Tapi andainya aku takde publish apa-apa kat sini within this 2 3 days, faham-faham lah ye mungkin plan tak menjadi. Dan aku akan menjadi kecewa. Mungkin akan post tentang kekecewaan kot? Hahaha. 



Orite I think it's enough for today ladies and gentlemen. ( Macam lah orang ada berpusu-pusu baca belog aku. HAHAHA! ) I have to end it here seems nak keluar. Hehehe. Ingat tak tadi outing cancel sebab cuaca hujan. TAPI sekarang hujan dah berhenti. Ohhh yesss! Bye. Got to go and bath. Tata. :) 



The course of true love never did run smooth. -William Shakespeare-




Friday 20 April 2012

What a stressful week

Hai you handsome and pretty. It's been a long time I didn't update my blog. Well, memang aku jenis yang tak update sangat pon. Kalau rasa aku nak update, aku update. Kalau tak, memang akan 'bersarang'. Aku bukan blogger tegar wahai kawan sekalian. :)
Dan yang penting, sekarang aku fully-busy. Busy. Yesss with assignments yang melambak-lambak, latihan tutorial yang berkeping-keping kertas atas meja ( kadang-kadang mogok taknak buat sebab letih. ) -__-. Ternyata hidup di alam Uni tak seindah yang diperkatakan. Menerima dengan tabah diri ini memang akan dilanda tekanan sebagai mahasiswi. Ini fact! 







Hari nie nak ceciter sikit. Citer lah pasal STRESS! Pada masa sekarang dan waktu sekarang, I'm supposely to do my revision for my exams that will be held by tomorrow. TAPI TAPI TAPI kerana tekanan tu melanda, kepala pun berdenyut-denyut ( istilah sakit kepala nie memang takkan hilang punyer daripada kehidupan you if you all adalah seorang mahasiswa Uni. Percaya lah. ) Ok ok back to the purpose, sepatutnya buat ulang kaji kan? Try tnye kenapa aku boleh lagi nak update belog? I'M STRESS EVERYBODY! Word yang memang korang bosan nak dengar lebih-lebih lagi sebagai Uni student. Sana sini update status di Facebook dan Twitter tentang stress. ( aku hairan dan pelik. )






Secara ikhlas, kadang-kadang aku mengalami stress yang melampau juga. TAPI, harus tahu cara bagaimana nak mengatasi stress tersebut. It's doesn't mean you have to 'jump from the third floor of apartment' and 'jump down to the lake'. You know what I mean? Hehehe. Ini sentiasa berlaku pada Uni students sekarang. Kadang-kadang naik ngeri plak dengar citoooo. Dah dah taknak citer pasal macam tu. Menyentuh sensitiviti orang lain plak. As long as you all know how to overcome your stress by not doing that kind of stupid things. :)






Untuk aku, kalau aku mengalami stress. Aku lebih suka untuk tutup semua buku dan hentikan timing untuk ulang kaji or whatsoever. Aku diam dan mengurung diri dalam bilik. What I'm trying to say here is aku tak buat laa kerja gila-gila dengan mengurung diri dalam bilik. You catch what I mean here? Like some kind of emmm yeahhh you know what I mean right you're alone in your room. :) TAKKKK. Aku tak buat perkara bodoh macam tu. Aku akan cuba tenangkan diri. Yang penting, aku berdoa dalam agama aku sendiri iaitu berdoa kepada Jesus Christ. Itu yang penting. Itu adalah sebagai kunci utama untuk menangani stress. ( untuk yang agama lain, anda juga boleh berdoa mengikut agama masing-masing. ) And yes it's work! :)






Tapi perangai terburuk sekali yang aku buat jikalau aku dalam tekanan, aku settlekan dengan TIDUR! HAHAHA! Ini lah part aku SANGAT SUKA! Tak terkata keenakannya kalau tengah dalam stress, aku tidur. Well, korang pun lebih kurang laa sama kan suka tidur? Hehehe. Mungkin bila aku tidur, aku akan beranggapan bahawa aku akan lupa sebentar semua stress aku. Means, aku boleh rehat-rehatkan minda yang tengah bercelaru sebab kalau tengah stress, korang takkan dapat menumpukan sepenuh perhatian pun even though tengah dalam kelas semasa lecture or tengah revision. Percaya derrr memang takkan punyer. Trust meee. :)






And in this few weeks, aku mengalami kesibukan yang tahap maksima. Full weeks Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad NON-STOP sana sini terkejar-kejar bagai anjing nak beranak untuk menyiapkan tugasan. ( buat tugasan awal pun masih juga terkejar-kejar, jangan cakap lah kalau buat last minute. Memang mata kau kung-fu panda kot? Hahaha. ) Dan dalam 1 minggu tu aku pecah rekod takde buat outing dengan kawan-kawan pun. HAHAHA! Selalunya, dalam seminggu, ada lah 2 3 kali kami akan keluar jalan tengok wayang, makan itu wajib, Hehehe. Tapi untuk minggu nie, TAKDE LANGSUNG! Cepat puji si muda Nancy nie. HAHAHA! Well, aku rasa kadang-kadang best jugak kalau lecturers nie dorang beri banyak-banyak tugasan, so that kite orang tak akan ada masa walau seminit pun untuk melepak tak tentu pasal di luar sana sekaligus save budget! Lalala. ( Bajet sikit kat Uni nie kalau boros, kau ikat perut tak makan. Hahaha. )






OK! Hampir ke hujung rancangan. Ecece. Hahaha. ( Sebab aku sepatutnya buat ulangkaji! Wahhh boleh pulak luangkan masa half an hour untuk update blog. Kalau baca subjek Anthroplogy tadi, entah berapa dah konsep aky boleh hafal. Lalala. ) Aku dah cakap tadi kalau aku stress, aku takkan paksa pon otak aku nie belajar. Aku kena fresh the minda dahulu dan lepas tu baru mulakan lagi. Hehehe. Ok now I need to go. And continue with my revision. Bye everyone. Sampai berjumpa lagi. Have a blast. :)






Lots of Love,
Nancy Robert Louis.









YES! It's true. As a Uni student, I will feel the stress come to me when day and night. :)






But, I'm still with smile on the face to cover up my stress. :) Because? 






Whenever I'm stress, I will say 'Don't worry be happy. Everthing will be ok.'