Putera Puteri

Pages

Saturday 21 April 2012

Exam weeks end.

Hai I'm back! Wahhh. Bukan main lagi kan? Kalau ada mood nak update, semalam dah update, hari nie pun nak update lagi. Korang nak tau tak? Aku HAPPY SANGAT! Hahaha. Kenapa? Nak tau? Sebab, I'M DONE WITH MY EXAMS AND I'M FREE! Lalala. ( Ok tau lah hanya free selepas mid-term exam selesai tapi belum selesai lagi untuk final exam. Alaaaa aku nak happy buat sementara waktu nie takkan tak boleh kot?  ) Well, gembira bukan main lagi sebab at least tension tu release juga sikit demi sikit. Tak banyak, sikit pun jadi. Kalau habis jer apa-apa exams, mesti tekanan tu bekurangan. ( Di Uni, memang exams jer ke buat mahasiswa stress? ) 



Okie. Lepas exam abis jer, berdering sana sini juga phone sebab kawan-kawan ajak keluar. Wahhh korang nie habis jer exam plan keluar ye? Banyak nye duit. Hahaha. ( macam laa aku tak suka keluar, sedangkan aku yang first akan meyukarelakan diri untuk join dorang. HAHAHA! ) Tetapi, memandangkan waktu sekarang di Kuching hujan lebat beserta dengan guruh dan kilat maka aktiviti kami untuk outing terpaksa ditunda. Ditunda entah bila. Sedihhhh. -_- ( Terperuk lah dalam bilik sorang-sorang naik meroyan dah mengadap laptop. ) 



BUT, itu tidak menjadi penghalang untuk kami nak keluar. Hahaha. Jahat tak? Jahat tak? Nampak sangat muka-muka kite orang nie suka keluar bila ada masa terluang. Fine rather than you just stay alone in your room right? Nanti tak pasal-pasal naik giler pulak. Assignments pun dah settle so takkan nak stay dalam bilik juga tanpa ada hiburan? Hiburan di sini aku tak maksudkan kami orang keluar tengah-tengah malam clubbing ok? Don't get me wrong. :)



Lagi-lagi gembira pabila masa menjawab soalan peperiksaan tadi, dapat lah menjawab dengan tenang tanpa rasa takut dan gelisah. Amennn. Dan tersenyum panjang bila keluar jer daripada banquet hall. Ngeeee. Begini kot rasanya menjawab soalan kalau kita aa buat ulang kaji, memang membuak-buak idea yang telah dipelajari. Sebab aku taknak kesilapan aku pada last semester berulang lagi. Mungkin masa nie untuk aku mengubahnya. Again, Amen. God will. :) Andai berusaha, tiada yang mustahil. Believe me. Aku tak cakap aku pelajar yang genius daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Aku tergolong dalam pelajar yang otaknya di tahap sederhana. Tapi aku bersyukur kerana berkesempatan untuk menyambung pengajian ku ke menara gading. A big AMEN FOR JESUS CHRIST. :) Oppsss. Kenapa aku menjadi emo part nie? Hahaha. Well, aku sentiasa merasa rendah diri dengan keyakinan ku semasa aku menginjak ke alam pengajian tinggi. Waktu sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, aku sentiasa sematkan dalam diri dan memberitahu kedua-dua orang tua bahawa aku ingin belajar sehingga ke menara gading. And now I'm here! So, bersyukur sangat-sangat sebab tak sangkut walaupun aku hanya menuntut di UNIMAS. But I'm proud to be myself sebab tak usah nak riak dengan IPTA ranking ke berapa yang menjadi tempat anda menuntut ilmu. We're at the same level which is taking Bachelor Degree. :) Harus ada rasa bangga dalam diri ok?



Ok ok aku rasa cukup untuk aku bercerita tentang itu sebab kalau ikutkan lagi banyak aku nak luahkan. Hahaha. Tapi risau korang yang baca bosan dan naik muntah lah pulak. So aku stopkan cerita tu disini. 



HELLO! I'M NOT FINISH YET. HAHAHA!



Hari nie sangat gumbira maaa so idea nak update belog hari nie akan panjang lebar. Tak kesah you all bosan ke tidak. Aku nak jugak. Lalala. Yang lebih menggembirakan, aku dan kawan sorang nie ada plan. Dan plan itu biarlah menjadi rahsia aku dan kawan ku itu. Nak kongsi kat sini agak public. Untuk itu, maaf ye sebab dah buat korang semua excited nak dengar plan aku tu. Hahaha. Takpe. Takpe. Nanti kalau dah menjadi plan tu, aku akan update kat sini. Yayyyy! Just wait and watch. :) Aku sendiri pun tak sabar sebenarnya plan tu menjadi atau tidak. Aku bagi korang hint jer lah eyyy? Eyhh bukan hint. Macam nie, kalau plan aku tu menjadi, aku akan publish kat sini. Tapi andainya aku takde publish apa-apa kat sini within this 2 3 days, faham-faham lah ye mungkin plan tak menjadi. Dan aku akan menjadi kecewa. Mungkin akan post tentang kekecewaan kot? Hahaha. 



Orite I think it's enough for today ladies and gentlemen. ( Macam lah orang ada berpusu-pusu baca belog aku. HAHAHA! ) I have to end it here seems nak keluar. Hehehe. Ingat tak tadi outing cancel sebab cuaca hujan. TAPI sekarang hujan dah berhenti. Ohhh yesss! Bye. Got to go and bath. Tata. :) 



The course of true love never did run smooth. -William Shakespeare-




No comments:

Post a Comment